Jangan Bancuh Susu Formula Bayi Guna Air Mineral. Boleh Bahayakan Buah Pinggang!


Semua ibu mahu berikan susu yang terbaik kepada bayi mereka. Ramai yang tahu tentang kebaikan susu ibu berbanding susu lain yang ada di pasaran. Namun, tidak semua ibu berpeluang menyusukan bayi mereka dengan susu ibu atas sebab-sebab tertentu.

Sudah tentu susu formula menjadi pilihan kedua sebagai sumber makanan awal bayi usia bawah 6 bulan. Susu formula bukanlah disteril! Ia mungkin mengandungi bakteria yang boleh menyebabkan penyakit serius di kalangan bayi.

Mematuhi kaedah penyediaan dan penyimpanan susu formula dengan betul, dapat mengurangkan risiko bayi diserang penyakit.

Beberapa perkara berikut mesti dipatuhi oleh para ibu bapa semasa menyediakan susu formula untuk bayi.

1. Sentiasa sediakan susu formula yang baru setiap kali hendak beri anak minum.

2. Jangan sediakan awal dengan alasan mudah hendak diberi bila anak menangis mahu susu. Ini kerana penyediaan susu formula lebih awal menyediakan keadaan sesuai untuk bakteria berkembang terutama jjika di simpan dalam suhu bilik.

3. Sekiranya anda mahu menyediakan awal untuk digunakan kemudian, ia perlu dibuat mengikut sukatan sekali minum dalam satu botol, biarkan dalam suhu normal kemudian baru simpan dalam peti ais (suhu tak lebih daripada 5 ℃)

4. Buang susu yang disimpan dalam peti ais sekiranya tidak digunakan dalam masa 24 jam.

Ada ibu yang memilih untuk menggunakan air mineral sebagai air bancuhan susu formula anak kerana berfikiran ia lebih berkualiti berbanding air paip di rumah. Benarkah?

Menurut UK Department of Health, air mineral semula jadi boleh mengandungi kepekatan bahan terlarut lebih tinggi seperti nitrat, natrium, fluorida dan sulfat yang mungkin menjurus beban terlebih larut jika ia diberikan kepada bayi.

Manakala air paip yang diminum setiap hari (dimasak terlebih dahulu) hanya mengandungi klorin dan fluorida - semua mineral dikeluarkan ketika proses rawatan. Bagaimanapun, komposisi air mineral telah berubah - mineral tambahan tidak ditambah mahupun dihilangkan darinya.

Jabatan Kesihatan tersebut menyarankan supaya ibu bapa memeriksa label dan mengelakkan daripada menggunakan air dalam botol yang dilabel sebagai 'air mineral semula jadi' kerana tidak mencapai tahap piawaian air paip dan lain-lain minuman botol.

Kesimpulannya air mineral tidak sesuai digunakan dalam membancuh susu formula bayi disebabkan kandungan mineral mungkin membebankan buah pinggang bayi.

Sementara air minuman dibotolkan yang tidak dilabel sebagai air mineral didapati mematuhi piawaian asas sama seperti bekalan air paip yang sesuai diberi kepada bayi semasa menyediakan susu formula mereka.

Risiko kesihatan kepada bayi jika buat susu guna air mineral

Kandungan mineral terlalu tinggi memberi risiko kepada bayi. Pada tahun 1994, Weaning and the Weaning Diet, Jabatan Kesihatan UK mengeluarkan kenyataan:

"Pengambilan sodium berlebihan tidak diperlukan terutama pada bayi."

Kandungan nitrat yang tinggi dalam air adalah salah satu punca masalah methaemoglobinaemia di kalangan bayi.

Kandungan nitrat dan sulfur yang tinggi ada dalam air mineral semula jadi. Para sulfat yang tinggi iaitu 400 - 500 miligram per liter berisiko seperti julap (menyebabkan pergerakan usus berlebihan) terutama pada kanak-kanak."

Air mineral semula jadi boleh mengandungi jumlah fluorida yang berbeza dengan tahap tinggi yang tidak sesuai sebagai sebahagian daripada diet bayi."

Sumber: majalahpama.my

28 Fakta Kenapa Orang Kidal Lebih Bijak Dari Orang Tangan Kanan. Fakta No 11 Pasti Buat Anda Terkejut..


Seperti diketahui umum, golongan tangan kidal adalah golongan terpilih yang selalu dihujani pelbagai persoalan oleh golongan yang majoriti dominan menggunakan tangan kanan.

Dari sudut lain pemikiran, Pernahkah anda terfikir kenapa orang kidal lagi bijak, lebih tinggi, lebih kaya, lebih kacak, lebik hensem/cantik dari golongan tangan kanan?

Berikut serba sedikit fakta mengenai golongan tangan kidal ini:

Fakta Sains

1. Menurut statistik, 10% daripada penduduk dunia adalah kidal.

2. Lebih cenderung mempunyai alahan

3. Mudah mendapat migrain

4. Lebih cenderung menjadi penderita insomnia

5. Menggunakan lebih bahagian otak kanan

6. Lebih cenderung menjadi bijak melampau

7. Cenderung untuk mencapai usia baligh 4 hingga 5 bulan lewat daripada tangan kanan

8. Lebih berkemungkinan mengalami gagap dan disleksia

9. Pada kebiasaannya, lelaki dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita

10. Berfikir lebih baik dan dalam persepsi 3D. Lebih baik dalam multi-tasking

11. Rata-rata hidup 9 tahun kurang daripada orang tangan kanan

Fakta Trivia

12. Orang kidal berkemungkinan lebih besar untuk menjadi seorang genius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.

13. Lelaki kidal kebiasaannya 26% lebih kaya dari lelaki bukan kidal.

14. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecenderungan lebih tinggi untuk ketagih rokok.

15. Berkemungkinan 50% keturunan anda juga akan menjadi kidal jika kedua-dua ibu bapa anda kidal. Sebaliknya, jika ibubapa anda bukan kidal, berkemungkinan anak-anak anda untuk kidal adalah 2% sahaja.

16. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung untuk kidal.

17. Orang kidal lebih suka membaca buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

18. Orang kidal mampu untuk merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam pelbagai bidang.

19. Semakin berusia seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemungkinan anaknya lahir sebagai kidal.

20. 4 dari 5 pereka komputer Mac di Apple dilaporkan kidal.

21. Orang kidal lebih cenderung menjadi ahli sukan, memiliki kecerdasan fikiran yang lebih istimewa dan berfikir lebih pantas.

22. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam menyelesaikan masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang dengan tangan kanan.

23. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)

24. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)

25. Jumlah orang kidal pesat meningkat semenjak tahun 1910 (BBC)

26. Mampu melaraskan penglihatan di dalam air lebih cepat

27. Sembuh dari penyakit strok lebih cepat

28. Cenderung mendengar bunyi yang berubah lebih cepat berbanding mereka yang menggunakan tangan kanan, (Kajian Georgetown University Medical Center)

'Berdiri Bulu Roma Bila Ternampak Patung 'Baby' Itu Beralih Sendiri'


Percaya atau tidak, tuan empunya cerita tidak memaksa untuk berbuat demikian. Katanya, hanya sekadar berkongsi kejadian 'pelik' yang baru saja berlaku pada keluarga mereka di mana kedudukan patung mainan anak perempuan secara tiba-tiba berubah posisi.

Siapa yang mengalihkannya? Adakah patung itu 'bernyawa'? Adakah patung bernama 'Baby' itu berpenunggu. Tiada siapa yang tahu dan apa yang kita semua tahu, patung itu telah dibakar si ibu kerana bimbang dengan keselamatan keluarga mereka.

ASSALAMUALAIKUM. Apa yang akak nak ceritakan ini adalah benar dan bukan rekaan. Bolehlah diambil iktibar bersama. 

Beberapa hari lalu, akak ada ternampak post di Facebook yang ustaz kata tak boleh simpan mainan berbentuk patung di dalam rumah. Terus terang akak cakap, akak memang tak percaya sebab Jasmine ada banyak patung di rumah, tetapi tak pernah pula berlaku sebarang kejadian yang pelik. 


Nak dijadikan cerita, Lily demam. Malam tadi sekitar jam dua pagi, badan dia panas balik dan akak bangun untuk bashkan badan dia. Sambil basahkan badan anak, akak ternampaklah patung itu dengan kedudukan seperti dalam gambar. pertama itu. 


Jasmine memang suka letak patungnya begitu, 'baby' tidur katanya. Memang tak ambil portlah kan. Kemudian bagi susu pada Lily dan semua sambung tidur dan Lily pun tidur. 

Dalam lebih kurang jam empat pagi, Lily terbangun lagi dan suhu badannya naik semula. Akak pun bangunlah nak basahkan badan dia. Kemudian mata akak terus tertoleh pada patung tadi. Terus berdiri bulu roma. Kepala jadi besar tiba-tiba.


Akak tanya suami, ada tak alihkan patung itu ke? Suami cakap tak ada. Bertambah seriaulah. Mula-mula patung itu dalam kedudukan gambar pertama, tetapi kenapa tiba-tiba saja kedudukannya seperti dalam gambar kedua itu? 

Sumpah demi Allah, akak tak tipu. Dengan Lily demam kuat lagi ni. Akak terus teringat pada post yang ustaz kata tak boleh simpan patung itu sebab akak tak percaya kan, sekarang dah terkena dan terjadi pada diri sendiri. 

Akak kongsi sebagai peringatan bersama. Yang rasa macam tak percaya, rasa akak reka cerita itu tak apalah. Akak tak paksa untuk percaya. Tetapi satu hari nanti kalau terkena pada diri sendiri, tahulah rasa macam mana. Hehe.

Ni akak nak bawa Lily pergi berjumpa dengan ustaz. Kalau tak kebah juga, kena pergi hospital lagi. Doakan Lily cepat sembuh. Gambar-gambar di ini akak snap semula sebelum patung ini dibakar untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada semua. Masa kejadian, tak sempat nak rakam pun sebab bukan tahu insiden ini nak terjadi kan. Doakan semuanya baik-baik sahaja. 

Sumber: https://facebook.com/cikspikah/posts/1672138429517227

GEMPAR !! Imej Pontianak Telah Dapat Dirakam CCTV di Plaza Tol LEKAS !!


Jika nak kata betul ke tidak sememangnya pada masa sekarang ramai yang telah pandai mengedit pada masa sekarang seiring dengan kepantasan teknologi pada masa kini .

Namun jika diperhatikan terdapat gambar makhluk yang memakai pakaian putih dan berambut panjang mengurai atau lebih kita kenali sebagai pontianak dilihat berada berdekatan dengan pondok tol ini giat dikongsikan di laman-laman sosial .

Terdapat beberapa orang yang mengatakan kejadian ini telah dirakam di Tol LEKAS namun kesahihannya itu masih tidak dapat dipastikan. Namun apa yang pasti , selain manusia sememangnya ada makhluk lain di dunia ini yang kalau boleh kita tak nak nampak dia walaupun dia hampir dengannya .

 Apa yang pasti kita berbalik semula kepada tuhan dan kita kena tahu bahawa setiap apa yang dijadikan tuhan adalah yang terbaik dan kita sebagai kalifah dimuka bumi harus percaya bahawa adanya kewujudan makhluk lain selain manusia .

Mengejutkan!! Inilah Sebab Kita Dilarang Menyiram Air Panas Di Dalam Tandas.. Mengundang Bahaya.


Tindakan membuang air panas ke toilet mungkin menjadi hal aneh bagi sebahagian orang. Namun tidak dinafikan jika hal ini sering dilakukan bahkan menjadi kebiasaan. Sebaiknya bagi anda yang kerap melakukan hal ini segera menghentikan tindakan demikian.

Pasalnya ada bahaya yang boleh dialami jika hal ini terus dilakukan. Ulama menegaskan jika tindakan ini boleh mengganggu jin. Seperti diketahui, tandas merupakan salah satu tempat yang menjadi kegemaran jin.

Bangsa jin yang terganggu kerana siraman air panas boleh melakukan pembalasan. Mulai dari merasuki manusia, bahkan ada yang sampai mengakibatkan pada kematian. Seperti apa penjelasan lengkapnya? Berikut ulasannya.


Dari Zaid bin Arqam Radhiyallahu ‘anhu, Nabi Muhammad SAW bersabda yang artinya:
Sesungguhnya tempat buang air itu dikerubuti oleh syaitan dan jin. Kerana itu, apabila kalian masuk tandas, bacalah:

‘Aku berlindung kepada Allah dari syaitan lelaki dan syaitan wanita’ (HR. Ahmad 19807, Abu Daud 6, Ibn Majah 312 dan yang lainnya).

Sabda Nabi SAW tersebut jelas menyebutkan bahwa tandas menjadi tempat tingga bagi syaitan dan jin. Layaknya manusia, jika mereka terganggu, maka sebagian akan melakukan pembalasan. Termasuk saat mereka terkena air panas yang disiramkan oleh manusia di tandas.

Walaupun tidak ada dalil yang menyebutkan tentang larangan membuang air panas ke tandas, namun ulama sepakat jika hal itu dilarang. Hal ini kerana,melihat realita di lapangan, dimana jin yang marah kerana tersiram air panas boleh melakukan pembalasan dengan merasuki orang tersebut. Kerana itu, dalam fatwa islam diingatkan,

Hendaknya setiap muslim hati-hati ketika membuang air panas di bilik mandi atau tempat lain, agar tidak mengenai jin, sementara dia tidak tahu. Perkara ini berdasarkan realita di lapangan, meskipun kami tidak mengetahui ada riwayat dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam maupun para sahabat Radhiyallahu ‘anhum. (Fatwa Islam no. 226625).

Dan terkadang – dan ini sering terjadi – pada sebagian orang – bahawa ada orang yang mengganggu jin atau jin merasa manusia ini sengaja mengganggu mereka, dengan mengencingkan jin atau menyiram air panas, atau membunuh mereka. Meskipun manusia sama sekali tidak mengetahuinya. Sementara jin juga ada yang zalim dan bodoh masalah aturan.. sehingga mereka membalas kesalahan yang dilakukan orang itu lebih kejam lagi. (Majmu’ Fatawa, 19/40).

Syaikh Abdul Aziz as-Sidhan menceritakan,

Saya pernah menghadiri acara ruqyah orang yang dirasuk. Terjadi dialog antar jin dan peruqyah,

Peruqyah: ‘Mengapa kamu masuk ke badan orang ini’

Jin: ‘Orang ini membuang air mendidih dan mengenai anakku, sampai mati.’

Peruqyah: ‘Itu karena dia tidak tahu ada anakmu di tempat itu.’

Jin: ‘Mengapa dia tidak membaca basmalah sehingga anakku boleh menghindar sebelum dia buang air panas.’ (Syarh kitab ad-Dakwah ilallah wa Akhlak ad-Duat, dinukil dari Fatwa Islam no. 226625).
Allahu a’lam.

Semoga informasi ini memberikan pengetahuan baru bagi sahabat islam semua. Terima kasih sudah membaca.

Nota* : Terserah kepada individu untuk mempercayai atau tidak,tetapi menghindari sesuatu kemudaratan adalah lebih baik daripada mengubati. Hal ini kerana kita sendiri mempercayai terdapatnya makhluk ghaib seperti jin dan syaitan yang gemar tinggal didalam tandas iaitu berdasarkan hadis:

Dari Zaid bin Arqam Radhiyallahu ‘anhu, Nabi Muhammad SAW bersabda yang artinya:
Sesungguhnya tempat buang air itu dikerubuti oleh syaitan dan jin. Kerana itu, apabila kalian masuk tandas, bacalah:

‘Aku berlindung kepada Allah dari syaitan lelaki dan syaitan wanita’ (HR. Ahmad 19807, Abu Daud 6, Ibn Majah 312 dan yang lainnya).

Oleh itu perkara ini sudah tentu tidak mustahil boleh berlaku. Wallahualam.

Kongsikan,semoga bermanfaat.

Sumber: Suara Media

Ambik Perhatian!!!! Jangan Lakukan 2 Hal Ini Jika Taknak Anak Diganggu Jin Ummu Sibyan


Mungkin ada yang pernah dengar nama Ummu Sibyan atau pun tidak sebelum ni, Ummu Sibyan ini adalah kaum jin dari jantina perempuan yang suka mengganggu bayi dan kanak yang berusia kurang dari 2 tahun serta wanita mengandung,sebab itulah kanak kanak yang baru lahir perlu di azankan terlebih dahulu agar bayi itu tidak di ikuti oleh jin ini.

Apa kerja jin Ummu Sibyan?

Kerja dia tak lain tak bukan ialah Mengganggu bayi yang baru dilahirkan dan kanak-kanak (biasanya kurang dari 2 tahun) serta wanita yang mengandung.

Jin Ummu Sibyan memiliki muka yang mengerikan dengan mata yang besar dan berjalan di dinding seperti cicak,Ummu Sibyan juga boleh mengikat rahim wanita serta membunuh bayi yang masih dalam kandungan.

Seperti yang di ceritakan dalam kisah “Jin Ummu Shibyan Dengan Nabi Sulaiman”,jin ini berkata ia bisa memasuki dalam rahim orang perempuan dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar kaum itu tidak mengandung.

Diceritakan juga jin ini masuk ke dalam perut orang perempuan yang hamil, di waktu janin di dalam kandungannya sedang membesar jin ini akan menendanggnya, maka berlakulah keguguran dan jadilah rahimnya kosong semua.

Tanda-tanda bayi terkena gangguan jin Ummu Sibyan.

1.Bayi menangis melalak (matanya terbeliak memandang ke atas / sudut tertentu)
2.Kanak-kanak berjalan yang jatuh seakan-akan ditolak
3.Mengigau sambil mengatip gigi berulang kali.
4.Demam panas hanya selepas Asar hingga sebelum Subuh

Kesan dari gangguan di atas akan mengakibatkan.

1.Sawan Tangis
2.Autisme (Over Hiperaktif)
3.Nakal tahap Gaban
4.Terencat akal
5.Pelbagai kompilasi otak.

Tanda tanda wanita mengandung terkena gangguan jin Ummu Sibyan

1. Rasa sesak dada terutamanya selepas waktu asar, yang mungkin berlarutan hingga tengah malam.
2. Kusut fikiran.
3. Sakit di bahagian tulang-tulang belakang.
4. Mengigau ketika tidur.
5. Bermimpi dengan mimpi yang menakutkan.

Cara Elak Gangguan Ummu Sibyan.

1.Tutup Pintu dan tingkap Rumah Waktu Maghrib
2.jangan angkat atau masukkan baju  yang sudah bermalam diluar rumah (jemuran tak kering)
Kaedah rawatan pada bayi.

Tiarapkan anak, jangan biarkan matanya melihat ke arah itu, baca ayat Qursi dan 3 Qul kemudian tiup ke ubun-ubunnya sampai berhenti menangis.. halaulah dengan bahasa dan bahasa masing masing seperti contoh( Wahai Ummu Sibyan pergilah kau keluar dari rumahku dan jangan ganggu anak anakku)InsyaAllah Ummu Sibyan akan pergi.

Kaedah rawatan pada wanita mengandung..

Bacakan doa-doa menghindar syaitan termasuk doa menghindar sihir seperti (surah al-Fatihah, ayat al-Kursi, surah al-Baqarah, surah Ali-Imran dan surah al-Mu’awwizat )pada satu sudu madu asli dan kurma untuk dimakan setiap hari sebelum sarapan.

Boleh juga di bacakan doa doa pada minyak zaitun untuk di sapukan pada bagian dada dahi dan tulang belikat sebelum tidur.

Bahaya Minum Air Mesin Layan Diri Yang Ramai Tidak Tahu! (Mohon Sebarkan)


Air yang anda beli dari mesin layan diri mungkin tidak sebersih yang anda fikirkan kerana ebanyak 29 sampel air telah diambil dari mesin tersebut di seluruh Lembah Klang dan hampir semuanya telah dicemari.

Terdapat beberapa jenis bakteria berbahaya seperti E. coli, Koliform dan bakteria bertoksin Clostridium perfringens – jenis bakteria yang sama terdapat di dalam air kumbahan yang tidak dirawat

Koliform dan Clostridium perfringens juga merupakan bakteria yang sama terdapat dalam najis manusia dan haiwan.

Bakteria ini boleh menyebabkan kekejangan, cirit-birit dan masalah pencernaan yang lain…

The Star menjalankan beberapa ujian bersama dengan Forum Air Malaysia, sebuah organisasi yang ditubuhkan untuk membantu Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara. Forum Air Malaysia membuat ujian terhadap 14 sampel pada April manakala The Star menjalankan ujian terhadap 15 sampel.

Sampel-sampel air diambil dari mesin layan diri di sini dan di Subang Jaya, Cheras, Klang dan Kuala Lumpur…

Di bawah Akta Air Minum Selamat Malaysia, sepatutnya tidak ada sebarang kesan Koliform atau E. coli dalam air minuman.

Eksekutif Dasar dan Penyelidikan Forum Air Jesslyn Pek berkata adalah membimbangkan apabila kebanyakan sampel tidak menunjukkan kesan klorin atau fluorida bebas, yang merupakan bahan kimia yang diperlukan untuk membunuh bakteria di dalam air….

Daripada ujian ke atas 14 sampel air, enam daripadanya didapati mempunyai sama ada Koliform atau E. coli dan tidak mengandungi klorin atau klorida bebas,” katanya. “Klorin bebas mesti ada, kerana ia adalah pembasmi kuman,” kata Pek.

“Terdapat piawaian untuk menentukan berapa banyak klorin bebas diperlukan untuk digunakan dalam air terawat, tetapi kerana ia tidak dapat dikesan di dalam semua sampel ini, ia menunjukkan bahawa jumlah yang tidak mencukupi telah digunakan.”

Dalam ujian yang dijalankan oleh The Star dengan makmal bertauliah, semua 15 sampel didapati positif Koliform dan Clostridium perfringens.

Mesin menjual air banyak terdapat di bangunan pejabat, kediaman dan universiti atau kolej…Orang ramai lebih suka membeli air ini kerana kosnya hanya kira-kira 20 sen seliter berbanding air botol, yang kosnya boleh mencecah lebih dari RM2 untuk jumlah yang sama.

Menurut sumber industri, pada tahun lepas Kementerian Kesihatan memulakan usaha di seluruh negara untuk memberikan lesen kepada pemilik mesin menjual air. Walau bagaimanapun, sehingga kini, banyak yang tidak memberi respons.

Untuk mendapatkan lesen, pengendali perlu mengeluarkan sejumlah RM450 untuk setiap mesin dan menghantar air dari mesin untuk ujian kualiti di Jabatan Kimia. Mereka juga perlu membayar yuran pemprosesan lesen RM130. Kos lesen selama dua tahun adalah RM150.